Sunday, May 11, 2008

IKLAN


KO-KURIKULUM









































PELUANG AKADEMIK

Peluang Akademik

Pusat Bimbingan Anggun Syarmim sedia membantu anda dalam membina kecemerlangan akademik. Pendidikan kini dilihat kepada kecemerlangan, bukan semata-mata kelulusan. Kenapa anda tidak mahu mengubah nasib anda? InsyaAllah kecemerlangan anda bermula di sini.

Melalui pusat ini anda berpeluang seperti juga orang lain, menara gading sentiasa menunggu anda. Lepasan SPM, STPM dan STAM sentiasa mempunyai peluang yang sama dan terbuka untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke universiti tempatan atau luar negara. Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada peringkat Diploma atau Ijazah, mengikut mana yang berkaitan.

Anda tentu merasa bangga menjadi ahli keluarga kami. Jadikan diri anda sebagai seorang yang berjaya, dapat membuktikan diri kepada ahli keluarga, masyarakat, agama dan negara, bahawa anda seorang insan yang mempunyai cita-cita. Buktikan diri anda sebagai seorang insan yang berjaya. Kegigihan dalam mengejar cita-cita, suatu amalan mulia. Prinsipnya yang bulat tidak datang bergolek yang leper tidak datang melayang. Kesungguhan dari anda amat diperlukan. Sebagai pusat bimbingan, kami sentiasa membimbing anda. Jangan lepaskan peluang ini. Datanglah ke Pusat Bimbingan kami dengan azam yang kuat. Kentalkan semangat anda. Ingat: Kecemerlangan Anda, Kejayaan Anggun. Kami tentu gembira mempunyai seorang pelajar seperti anda yang mempunyai semangat dan cita-cita yang kental!

KOS PENGAJIAN

KOS PENGAJIAN

Sekolah Swasta - Pendidikan Formal
Pendaftaran setiap kursus : RM 20.00
Yuran tahunan: RM 30.00
Soalan peperiksaan: RM 20.00


*Yuran pengajian bulanan:
i- SPM RM 50.00
ii- 6 Ren. & STPM RM 60.00
Yuran penginapan : RM 28.00
*Semua Yuran termasuk aliran Sains, Arab, Teknik dan SPM dan Prinsip Akaun SPM
* Enam Rendah, STPM dan STAM (Aliran Ekonomi, Sastera dan Agama/Arab)

Kelas Tuisyen
Peringkat pengajian:
PTS Tahun 4 Tahun 5 UPSR Tingkatan Satu Hingga SPM
Yuran Pengajian : RM 40.00 sebulan untuk 4 Subjek.
Tambahan untuk setiap satu subjek: RM 10.00

KECUALI :
Aliran Sains dan Prinsip Akaun
Yuran Pengajian : Empat Subjek RM 50.00 sebulan
#Anggun menyediakan perkhidmatan Bas Sekolah secara Percuma ke rumah anda!

PROGRAM AKADEMIK

PROGRAM AKADEMIK

Bentuk Pengajian
Pusat Bimbingan Anggun Syarmim menawarkan dua bentuk pengajian, iaitu pengajian sepenuh masa dan pengajian berbentuk tuisyen.Pengajian sepenuh masa atau Sekolah Swasta diadakan pada waktu petang. Ini membolehkan pelajar-pelajar sidang pagi di sekolah kerajaan juga berpeluang untuk meningkatkan pengajian dan kemahiran akademik mereka. Selain dari memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan guru-guru yang pakar di sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan Para Pensyarah dari UiTM Cawangan Machang bagi mencurahkan pengalaman mereka di Pusat Bimibngan Anggun Syarmim.

Sekolah Swasta
Kami menawarkan pakej pengajian di peringkat PMR, SPM, Enam Rendah dan STPM dengan yuran yang amat berpatutan. Tujuan utama kami ialah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam menyambung dan menimba ilmu pengetahuan tanpa mengira status ekonomi dan sosial keluarga. Matlamat kami supaya semua pelajar mempunyai peluang dan mampu untuk meneruskan cita-cita mereka. Kebanggaan kami ialah kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.Kegagalan pertama dalam peperiksaan tidak bermakna anda gagal selama-lamanya.Oleh itu Anggun akan berusaha untuk membantu kejayaan anda sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Selaras dengan perkembangan terbaru dalam dunia pendidikan di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan satu bentuk persijilan yang baru iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dengan yang demikian kami juga menawarkan pakej akademik di peringkat persijilan tersebut. Dengan yang demikian kami menjemput pelajar-pelajar dari aliran Arab untuk belajar di tempat kami.Kami tidak mengira di mana anda berada sama ada di Selatan Thai, Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Malaysia atau di mana-mana sahaja. Melaui Sistem Persijilan ini pelajar-pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana Universiti yang diiktiraf sama ada dalam negara ataupun di luar negara, terutama sekali ke universiti-universiti di Timur Tengah.

Tuisyen
Kami membuka peluang kepada pelajar-pelajar bermula di Tahap Satu hingga ke Tahap Dua (Darjah Enam) dengan yuran pengajian yang amat berpatutan. Selain dari itu pakej kami juga merangkumi tuisyen di peringkat sekolah menengah iaitu PMR, SPM, Enam Rendah, STPM dan STAM

Kami juga menerima kemasukan pelajar-pelajar dari aliran sains dan perakaunan untuk mendapatkan perkhidmatan tuisyen. Sejajar dengan perkembangan kami yang sentiasa berterusan, kini Pusat Bimbingan Anggun Syarmim menawarkan tuisyen di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kelas tuisyen kami diadakan pada hari jumaat dan malam. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti program kami tanpa bertembung dengan aktiviti-aktiviti di sekolah harian.

Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar kami merupakan guru-guru yang berijazah dan penuh dedikasi. Mereka terdiri dari guru sepenuh masa di Pusat Bimbingan Anggun Syarmim, guru-guru dari Sekolah Menengah Kerajaan dan Para Pensyarah dari UiTM Cawangan Machang. Mereka mempunyai komitmen yang sama iaitu Memburu Kecemerlangan Pelajar. Kerana itulah kepuasan kami!
Motto Kami

Kecemerlangan Anda, Kejayaan Anggun

TENAGA AKEDEMIK


TENAGA AKADEMIK

Pusat Bimbingan Anggun Syarmim mempunyai tenaga pengajar yang dedikasi dan sentiasa pro-aktif dalam mendidik dan mencurah ilmu pengetahuan kepada pelajar. Mereka terdiri guru-guru di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan juga peperiksaan.
Di antara tenaga pengajar kami :
1 - Tuan Haji Mohd Sani Yunus-DG3-BM/Sej.
2 - Tuan Haji Shammuin Mustapha -DG3-BM/Sej.
3 - En. Mohd Hatta Mahmood - DG3-Geo/Sas.
4 - Pn. Hjh. Norizah Ab.Ghani - DG3- BM/Sej.
5 - En. Mohd Basri Yusoff - B.A. Hons (Malaya)
6 - En. Hashim Deraman - B.Sc.
7 - En. Mohd Baharul Iman Yunus -B.A.(Hons)
8 - Cik Zawahir Hj.Mamat -DG-S. Pertanian
9 - En. Zakaria Jusoh -B. Ec. (Hons)
10 - En. Tarmizi Daud -TESL
11 - En.Rusli Awang Mat - TESL
12 - En. Mohd Nordin Awang Mat - B.A.(Hons)
13 - En. Abd. Razak Abdullah - B. Ec. (Hons)
14 - En. Mohd Alimi Abd. Rahman - B.A. (Hons)
15 - Puan Rohana Mamat -
16 - En. Abdullah Hussin B.A. (Hons)
17 - En. Mohd Zakhari Awang - B.A. (Hons)
18- En. Mohd Azam Mokhtar - TESL
19 - En. Yusuf Setapa - B.A.(Hons)
20 - En. Fikri Shafei - B.A. (Hons)
21 - Puan Siti Saloma Abd. Rahman - B.A.(Hons)
22 - Puan Norseha Muhamad - B.A. (Hons)
23 - En. Zulkifli Daud B.A. (Hons), M. Sc.

Sejarah Pusat Bimbingan Anggun Syarmim

Pusat Bimbingan Anggun Syarmim telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan mula beroperasi sebagai pusat tuisyen. Pusat tuisyen ini telah ditubuhkan di atas usaha gigih seorang usahawan dari Kampung Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan.
Pusat Bimbingan Anggun Syarmim telah menyediakan pendidikan yang berupa tuisyen di peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat STPM. Pusat ini mula berkembang dengan pesatnya pada tahun 1996, di bawah pimpinan pengetua iaitu En. Bahakimi Bin Mustapha dan Penolong Kanannya En. Mat Rizan Bin Ismail, serta dibantu oleh beberapa orang guru lain .
Pusat ini telah menjalankan kelas akademik sepenuh masa di peringkat SPM, 6 Rendah dan STPM. Kelas-kelas akademik ini beroperasi pada sebelah petang.
Pada tahun 1996 juga Pusat Tuisyen Anggun Syarmim telah ditukar nama kepada Pusat Bimbingan Anggun Syarmim. Nama Syarmim diambil sempena dengan nama anak perempuan sulung pengurus Anggun Syarmim hasil dari perkongsian dengan Hajjah Norizah binti Abd. Ghani iaitu Hajjah Nor Syarmim Farhah Binti Haji Mohd Sani yang dilahirkan pada 2 Januari 1991.
Di atas usaha gigih semua pihak akhirnya Pusat Bimbingan ini terus berkembang dan bertambah maju sehingga ke hari ini.

PENTADBIRAN




Pengurus Tuan Haji Mohd. Sani bin YunusB. A. Hons (UM)

Pengetua
En. Bahrul Imani Yunus B. A.Hons (UM)


LEMBAGA JEMAAH PENGELOLA

Pengerusi
Pn. Zawiyah bt. Hj.Yunus B.A.Hons (USM)

Tuan Haji Salleh bin Hj. HussinB.A.Hons (UM), Dip.Ed.
Dr. Fakhruddin bin Che MatMBBS, Malaya
Dr. Jafri bin HusinMBBS, Malaya

Sekapur Sirih Dari Pengurus Pusat Bimbingan Anggun Syarmim



Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya dapat juga Pusat Bimbingan Anggun Syarmim mengadakan lawan webnya sendiri sejajar sebagai pusat pendidikan yang sentiasa mengikuti perkembangan zaman dan teknologi maklumat . Kami di Pusat Bimbingan ini sentiasa peka dengan perkembangan zaman dan teknologi canggih. Sesungguhnya dunia pendidikan masa kini merupakan satu era yang sentiasa berubah dan mencabar. Dengan yang demikian, Pusat Bimbingan Anggun Syarmim tidak mahu ketinggalan dalam berkongsi idea dan maklumat demi untuk melahirkan generasi yang berpendidikan.
Pusat Bimbingan Anggun Syarmim mengucapkan ribuan terima kasih yang tiada terhingga kepada pengunjung laman web ini. Sebagai institusi pendidikan yang berpotensi dan sentiasa mahukan kepada perubahan, kami di sini amat mengharapkan sumbangan idea dan pandangan dari pengunjung sekalian.
Kami juga mengalu-alukan kedatangan anda sekalian ke pusat bimbingan kami sama ada untuk tujuan akademik atau lawatan. Melalui pusat pendidikan ini, kami menyediakan pakej pembelajaran yang menarik dan dapat memenuhi citarasa pelajar dan ibu bapa. Sesungguhnya kejayaan Pusat Bimbingan Anggun Syarmim sebagai pusat pendidikan yang cemerlang ini lahir bukanlah semata-mata kerana usaha kami sebagai kakitangan di sini tetapi juga kerana sokongan dari ibubapa dan pelajar-pelajar yang selama ini sentiasa memberi sepenuh kepercayaan dan perihatin.
Sekian, Wassalam.